Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua kes Covid-19 libatkan mangsa banjir di Terengganu

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Dua kes jangkitan Covid-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu dengan jumlah kumulatif kini sebanyak 25 kes.

Ia berikutan sebanyak 54 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 15 buah daerah di Kelantan dan Terengganu telah dibuka sehingga Ahad dengan jumlah mangsa sebanyak 9,741 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes Covid-19 dilaporkan telah dikenal pasti dan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain di PPS khas.

“Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di PPS,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat tujuh kes 'acute respiratory infection' (ARI) dan satu kes penyakit kulit turut dilaporkan pada Ahad.

"Namun, tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dua fasiliti kesihatan di Terengganu terjejas banjir (tahap satu) iaitu Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Tapai, Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus, namun kedua-dua fasiliti tersebut dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.

Artikel Berkaitan: