Pemandu, penumpang cedera Proton Waja langgar treler rosak

Pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Waja cedera selepas kenderaaan yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler rosak di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Maran pada Sabtu. - Foto FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

A
A
A

JERANTUT - Seorang wanita pembantu kedai makan dan pelajar lelaki cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler rosak di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Maran di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, wanita berusia 44 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja terbabit mengalami kecederaan pada lutut dan dada manakala penumpang, remaja lelaki berusia 15 tahun patah tulang kaki kiri dan luka pada leher.

"Kejadian berlaku semasa treler yang tidak mempunyai muatan itu datang dari arah Jerantut hendak membelok ke kanan untuk ke sebuah bengkel.

"Semasa ingin membelok, tiba-tiba enjin treler tersebut mati dan semasa dalam proses pembaikan, ia telah dilanggar oleh kereta terbabit dari arah belakang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

Ujarnya, pemandu lori berusia 57 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: