Banjir: Suami bawa isteri hamil panjat bumbung

Keadaan sekitar kediaman yang dinaiki air sehingga ke paras bumbung di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.
Keadaan sekitar kediaman yang dinaiki air sehingga ke paras bumbung di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang penduduk Kampung Lubuk Pait dekat Sekayu di sini hanya mampu bertawakal kepada ALLAH SWT dan membantu isteri yang sedang sarat mengandung memanjat bumbung selepas rumah mereka hampir ditenggelami banjir.

Mohd Saiful Azuar Mohd Amin, 30, memberitahu, mereka terpaksa memanjat bumbung sementara menunggu bantuan pasukan penyelamat kerana air mula melimpah secara mendadak awal pagi Ahad.

"Saya bimbang kerana bateri telefon makin habis dan kami berlima termasuk ibu, ayah dan seorang adik tiada tempat berlindung. Sebab itulah saya tawakal dan membawa mereka naik ke atas bumbung," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Saiful Azuar meminta pertolongan adiknya, Nor Hafizah Mohd Amin, 28 untuk berkongsi situasi itu di media sosial bagi mendapatkan bantuan.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mohd Saiful Azuar bersama keluarganya sudah hampir satu jam berada di bumbung rumah dalam keadaan kesejukan.

Difahamkan, kini dia sekeluarga berada pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung berkenaan pada jam 1 tengah hari Ahad.

Hantaran di Facebook sebelum keluarga itu diselamatkan jam 1 tengah hari ke PPS berdekatan kediaman di Kg Lubuk Pait di Hulu Terengganu.
Hantaran di Facebook sebelum keluarga itu diselamatkan jam 1 tengah hari ke PPS berdekatan kediaman di Kg Lubuk Pait di Hulu Terengganu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Khairul Azhar Rashid, 35, yang berada di Kuala Lumpur kerana urusan peribadi terpaksa bergegas pulang ke Hulu Terengganu selepas menerima maklumat mengenai banjir daripada adiknya.

Artikel Berkaitan:

"Ramai keluarga saya di Kampung Lubuk Pait semuanya gagal dihubungi ketika ini. Saya banyak terima kiriman gambar dan video daripada kawan sekampung," katanya.

Mohd Khairul Azhar memberitahu, situasi itu merupakan yang pertama berlaku dan dimaklumkan pasukan penyelamat masih belum boleh masuk ke kampung berkenaan kerana banyak jalan yang terputus hubungan dan arus pula terlalu kuat.

"Saya harap tiada perkara buruk yang berlaku dan semua penduduk terjejas banjir dapat diselamatkan," katanya.