Ancelotti gembira Real atasi Vallecano

Benzema - Foto EPA
Benzema - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui gembira dengan kemenangan 1-0 ke atas Rayo Vallecano biarpun terpaksa bekerja keras di sepanjang perlawanan sebelum meraih kemenangan berkenaan.

Menurut Ancelotti, skuad kendaliannya itu juga mempamerkan semangat dan kerjasama baik biarpun menerima tentangan sengit Vallecano.

“Saya cukup berpuas hati dengan kerjasama berpasukan serta komitmen ditunjukkan pemain pada perlawanan kali ini yang saya sifatkan begitu kompetitif.

“Biarpun beraksi di atas permukaan padang yang kurang sesuai, namun kami masih berjaya beraksi dengan baik.

“Oleh itu, kemenangan ini dilihat sangat bermakna buat kami kerana saya tidak fikir banyak pasukan telah mencapai kemenangan ketika beraksi di sini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Karim Benzema menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-83 bagi memastikan kemenangan Real Madrid.

Kemenangan berkenaan menyaksikan skuad Los Blancos situ mengukuhkan cengkaman di puncak La Liga dengan 60 mata setelah mengharungi 25 perlawanan.

Sementara itu Ancelotti berharap skuad kendaliannya itu bersedia untuk berdepan Real Sociedad hujung minggu ini sebelum berdepan Paris Saint-Germain (PSG) bagi saingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara, pada 10 Mac.

Artikel Berkaitan:

“Secara agregat, kita ketinggalan 0-1 kepada PSG. Justeru, pemain diingatkan untuk memberikan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan pasukan dan memastikan kita layak ke suku akhir.

“Ini ditambah dengan rekod yang menunjukkan PSG tidak pernah menang ketika berkunjung ke Santiago Bernabeu,” katanya.