Jirat Cina berusia 90 tahun diceroboh

Binaan atas kubur yang dirosakkan pihak tertentu.
Binaan atas kubur yang dirosakkan pihak tertentu.
A
A
A

GURUN- Sebanyak 22 kubur di Kawasan Jirat Cina Kampung Sungai Badak diceroboh yang disedari sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, terdapat pihak sengaja melakukan khianat terhadap kubur berusia 90 tahun itu dengan bertindak merosakkan binaan batu di kiri dan kanan kubur tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kubur dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Siasatan dijalankan segenap aspek bagi mengenal pasti motif kejadian.
Siasatan dijalankan segenap aspek bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Ini adalah kes pertama dilaporkan setakat ini bagi Daerah Kuala Muda.

"Kita meminta orang ramai agar tidak membuat andaian dengan cara sendiri selain berkongsi maklumat dengan polis jika ternampak perbuatan mencurigakan sekitar kawasan perkuburan," katanya.

Maklumat boleh disalurkan kepada balai polis terdekat.

Artikel Berkaitan: