Liga Europa: Cabaran getir menanti Barcelona, West Ham United

Penyerang Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) meraikan jaringan keempat pasukannya ketika berdepan Napoli dalam saingan Liga Europa di Stadium Diego Armando Maradona, Naples. FOTO: AFP
Penyerang Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) meraikan jaringan keempat pasukannya ketika berdepan Napoli dalam saingan Liga Europa di Stadium Diego Armando Maradona, Naples. FOTO: AFP
A
A
A

KELAB LaLiga, Barcelona dan West Ham United dijangka berdepan ujian getir apabila bertemu lawan yang diibaratkan buku dengan ruas selepas undian pusingan 16 terbaik Liga Europa pada awal pagi Sabtu.

Barcelona kendalian Xavi Hernandez ​​yang menewaskan Napoli dalam playoff peringkat kalah mati, akan menentang Galatasaray yang bergelut di tangga ke-13 dalam liga utama Turki.

West Ham pimpinan David Moyes dijangka berdepan tugas sukar apabila menentang juara enam kali Sevilla, yang kini berada di kelompok kedua LaLiga dan terkenal dengan gelaran pakar Liga Europa.

Undian lain menyaksikan juara Scotland, Rangers, yang mengejutkan Borussia Dortmund pada pusingan terakhir, akan menentang Red Star Belgrade manakala Braga menentang AS Monaco.

Kelab Portugal, Porto akan menentang kelab Perancis Olympique Lyonnais, Atalanta pula akan menentang Bayer Leverkusen manakala Real Betis akan bertemu Eintracht Frankfurt.

RB Leipzig pula menentang kelab Rusia, Spartak Moscow, yang akan bermain perlawanan tempat sendiri di gelanggang berkecuali, menurut keputusan dibuat oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Perlawanan pertama pusingan 16 terbaik akan berlangsung pada 10 Mac manakala timbal balik kedua pada 17 Mac, namun begitu perlawanan Porto dan Betis akan bermain perlawanan pertama masing-masing di tempat sendiri pada 9 Mac untuk mengelak pertembungan dengan Braga dan Sevilla.


LIGA EUROPA

Artikel Berkaitan:


Pusingan 16 Terbaik

Barcelona lwn Galatasaray

West Ham Utd lwn Sevilla

RB Leipzig lwn Spartak Moscow

Real Betis lwn Eintracht Frankfurt

Rangers lwn Red Star Belgrade

Braga lwn AS Monaco

Porto lwn Lyon

Atalanta lwn Bayern Leverkusen