Saingan 4 penjuru di DUN Layang-Layang

Calon-calon yang bertanding bagi PRN Johor bagi DUN Layang-layang (dari kiri) Ahmad Shafiq Othaman ( Pejuang), Mutalib Rahim (BN), K. Alagathiran (PN) dan Dr Maszlee Malik (PKR) bergambar di Pusat Penamaan Calon Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam pada Sabtu. - Foto Bernama

A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang yang sebelum ini disandang oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Layang-layang, Abdul Hakim Abd Manap berkata, kawasan tersebut akan dicabar oleh calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Mendahului senarai pencabar Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik, 48 yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

PN pula mempertaruhkan calon K Alagathiran, 36 yang merupakan Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor.

Calon BN pula diwakili Mantan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Warisan Negeri Johor, Abdul Mutalib Abd Rahim yang juga bekas penyandang DUN Layang-Layang sebelum ini.

Sementara itu, pencabar terakhir pula merupakan calon termuda bagi DUN tersebut daripada Pejuang, Ahmad Shafiq Othaman, 33.

Untuk rekod, Onn Hafiz telah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini dengan 7,449 undi.

Artikel Berkaitan: