Sahruddin serah pucuk pimpinan pilih calon MB Johor

Sahruddin tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Karisma, Insitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi proses penamaan calon, pada Sabtu. - Foto Bernama
Sahruddin tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Karisma, Insitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi proses penamaan calon, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PAGOH - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon Menteri Besar Johor dari gabungan itu.

Sahruddin berkata, beliau hanya ahli parti yang mahu memastikan PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu.

“Setakat ini belum diumumkan (calon menteri besar) dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sesiapapun.

“Saya hanya ahli parti. Saya akan pastikan PN memenangi dahulu PRN Johor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman calon di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini, pada Sabtu.

DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Sahruddin, Ismail Mohamed (BN); Nurafiqah M Zulkifli (Muda) dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).

Sahruddin yang merupakan penyandang DUN Bukit Kepong juga yakin bahawa beliau akan memenangi dan mengekalkan kerusi itu.

“Atas beberapa faktor. Pertama, saya berkhidmat di sini selama empat tahun.

“Kedua, saya berjaya membawa pembangunan di DUN Bukit Kepong dan saya berhubungan baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

“Tan Sri banyak membantu, mendidik dan memberi tunjuk ajar telah memudahkan saya bergerak di Bukit Kepong,” katanya.