Aksi tangkas peninju Muay Thai gegar Stadium Titiwangsa

Antara aksi peninju pada malam pertama KWP - DBKL Kuda Merah Muaythai Challenge 2022.
Antara aksi peninju pada malam pertama KWP - DBKL Kuda Merah Muaythai Challenge 2022.
A
A
A

KEJOHANAN Kuda Merah, Muay Thai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2022 yang membuka tirainya pada Jumaat berlangsung meriah dengan enam perlawanan diadakan pada hari pertama melibatkan dua regu super 4 edisi 54 kilogram (kg) dan empat regu super fight.

Bagi aksi Super 4 kategori 54kg, wakil Kelab Gorilla Muaythai, Ikhwan Hakim Mohd Rizal mara ke perlawanan akhir selepas menang dengan pukulan siku yang menyebabkan lawannya cedera koyak di dahi, sekali gus memaksa pengadil memberhentikan perlawanan dan memberikan kemenangan kepadanya.

Menanti Ikhwan Hakim di final Super 4 kategori 54kg petinju ialah petinju kelab Piranha Muay Thai Pahang, Faisal Mat Deris yang berjaya menang dengan kiraan mata mengatasi lawannya Sharil Aiman dari Kelab Muaythai Ampang.

Pada malam tersebut, Kelab Muaythai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) beraksi cemerlang apabila memenangi satu piala dan dua tali pinggang menerusi petinju Mohd Fazli Zakaria, Mohd Fahmi Badrulzaman dan Mohd Shalihem Mohamad.

Mohd Fazli Zakaria dinobatkan sebagai Juara Piala Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas menumbangkan cabaran Awangku Abd Rahman dari Glorius MMA Club.

Mohd Shalihem pula berjaya memenangi tali pinggang tajaan Felix dan RTM menerusi pukulan KO ke atas lawannya Fu Chen Yi dari Max Muaythai Club.

Dalam satu lagi aksi superfight, petinju Long Red Army berjaya merangkul tali pinggang super fight yang dipertandingkan selepas menumbangkan cabaran Aliff Ruszi dari pasukan Mas Rozita Muay Thai Club Negeri Sembilan apabila menang tipis melalui kiraan mata.

Turut hadir memeriahkan kejohanan KWP - DBKL Kuda Merah Muaythai Challenge 2022 pada malam pertama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosioekonomi) KWP, Datuk Parang Abai @ Thomas.

Artikel Berkaitan:

Bagi peminat sukan Muay Thai yang tidak dapat bersama pada perlawanan pertama mereka boleh menyaksikan siaran ulangan di Page Facebook Muay Thai Kuda Merah.