TPM perhalusi cadangan kembalikan Kementerian Wilayah

Ahmad Zahid berucap sempena penggulungan pada hari terakhir PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ahmad Zahid berucap sempena penggulungan pada hari terakhir PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengusahakan cadangan bagi mengembalikan Kementerian Wilayah dalam kabinet kerajaan.

“Kalau inilah kehendak kepimpinan UMNO bahagian, Wanita, Puteri, Pemuda ini (wujudkan semula Kementerian Wilayah), saya akan usahakan sebagai satu agenda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima laporan mengenai Majlis Ulama UMNO yang dipengerusikan Datuk Dusuki Ahmad bersama pasukannya telah mengukuhkan dan mengerakkan Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia (SPIIM).

Ujarnya, mereka telah mengerakkan 'networking' bersama ulama-ulama di seluruh negara dan luar negara.

"Ini merupakan satu agenda yang amat dialukan selain membuktikan bahawa UMNO tidak akan pernah meminggirkan ulama.

"Saya ucapakan tahniah pada pemimpin ulama ini. Insya-ALLAH wacana dan muzakarah ilmuwan islam serta pertubuhan ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam negara dan luar negara akan terus dapat dokongan daripada UMNO," jelasnya.