UEFA pindah venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Stadium St Petersburg juga dikenali Gazprom Arena.
Stadium St Petersburg juga dikenali Gazprom Arena.
A
A
A

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) mengambil keputusan memindahkan venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun ini dari St Petersburg ke Paris berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata badan induk bola sepak Eropah dalam satu kenyataan.

UEFA juga berkata, bahawa perlawanan di tempat sendiri kelab dan pasukan kebangsaan Ukraine dan Rusia yang bersaing dalam pertandingan UEFA juga akan dimainkan di tempat berkecuali sehingga diberitahu kemudian.

"Badan induk mengucapkan terima kasih kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas sokongan peribadi dan komitmen beliau dalam menghadapi perlawanan akhir.

"UEFA juga akan menyokong sepenuhnya usaha pelbagai pihak untuk memastikan penyediaan penyelamatan untuk pemain bola sepak dan keluarga mereka di Ukraine yang menghadapi penderitaan manusia, kemusnahan dan pemindahan," kata badan induk tersebut.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum ini dijadualkan dijangka berlangsung di Stadium Zenit St Petersburg pada 28 Mei depan.

Sementara itu, mengulas keputusan UEFA tersebut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyifatkan keputusan badan induk itu sebagai sesuatu yang memalukan.

"Sebenarnya St Petersburg boleh menyediakan semua kemudahan yang baik dan mematuhi syarat dikenakan untuk mengadakan temasya perlawanan akhir bola sepak ini," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kebudayaan United Kingdom (UK), Nadine Dorries, yang bertanggungjawab untuk sukan, menyokong keputusan UEFA.

Artikel Berkaitan:

“Saya mengalu-alukan tindakan tegas UEFA untuk melucutkan hak St Petersburg daripada mengadakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun ini.

"Rusia tidak boleh dibenarkan mengeksploitasi acara sukan dan kebudayaan di pentas dunia untuk menghalalkan serangannya terhadap Ukraine sebuah negara demokrasi yang berdaulat," katanya.

Untuk rekod, Stadium St Petersburg juga dikenali sebagai Gazprom Arena berikutan perjanjian penajaan dengan syarikat tenaga negara Rusia, yang turut menaja Liga Juara-Juara dan pertandingan pasukan kebangsaan Euro 2024 UEFA.

Langkah untuk melucutkan hak St Petersburg daripada menganjurkan perlawanan akhir berikutan gesaan daripada sekumpulan penggubal undang-undang Eropah yang meminta UEFA untuk menukar tempat dan berhenti mempertimbangkan permohonan bandar-bandar Rusia untuk menganjurkan pertandingan bola sepak antarabangsa utama.

Penggubal undang-undang juga meminta UEFA menamatkan penajaan Gazprom terhadap pertandingan kelab elit di benua itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU), Alexander Dyukov, yang juga berkhidmat sebagai eksekutif UEFA dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Gazprom Gazprom Neft, mengkritik langkah UEFA itu.

"Kami percaya bahawa keputusan untuk memindahkan venue final Liga Juara-Juara diputuskan disebabkan politik. RFU tidak boleh menyokong keputusan ini.

“RFU juga tidak menyokong keputusan memindahkan sebarang perlawanan melibatkan pasukan Rusia ke wilayah neutral sebagai melanggar prinsip sukan dan melanggar kepentingan pemain, jurulatih dan peminat," katanya dalam satu kenyataan di laman web RFU.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2023 dijadualkan berlangsung di Istanbul, diikuti London (2024) dan Munich (2025).