Mufti sahkan tak salah ucap 'Merry Christmas'

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A
SHAH ALAM: Umat Islam dibenarkan untuk mengucapkan 'Merry Christmas', kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu dibenarkan kerana ia disifatkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

"Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya," katanya ketika dihubungi, petik laporan The Star.

Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang menyimpulkan bahawa mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.

"Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan.
Artikel Berkaitan:


"Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain," katanya.