Kilang petrokimia di Pasir Gudang terbakar

Sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, terbakar pada Khamis.
Sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, terbakar pada Khamis.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat di sini terbakar pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba 1 Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.

Susulan itu katanya, seramai 26 anggota dari BBP Larkin dan BBP Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran tidak melibatkan kematian. Sehingga kini operasi memadam kebakaran masih dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Seramai 26 anggota dari BBP Larkin dan BBP Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
Seramai 26 anggota dari BBP Larkin dan BBP Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan pihak bomba bahawa kerja-kerja menyejukkan tangki sedang dijalankan.

"Saya dimaklumkan oleh pihak bomba bahawa keadaan adalah terkawal. Setakat maklumat diterima, tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya dua kakitangan kilang tersebut melecur di tangan.

"Saya dimaklumkan bahawa bahan yang terlibat dalam kebakaran itu ialah cyclohexane dan campuran mertodaine yang terkandung dalam Tangki A, Tangki B dan Tangki C. Tangki A dan Tangki B yang terbakar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap pihak bomba dapat memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut.

Operasi memadam kebakaran dan kerja-kerja menyejukkan tangki sedang dijalankan.
Operasi memadam kebakaran dan kerja-kerja menyejukkan tangki sedang dijalankan.

"Saya menyeru supaya penduduk di Pasir Gudang yang meliputi dua kawasan Parlimen bersebelahan iaitu Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang supaya tidak panik dan cemas.

"Ikuti perkembangan semasa tentang kebakaran kilang Titan itu dari sumber yang rasmi iaitu pihak bomba dan polis," katanya.