Satu kluster sekolah dikesan di Kuching

Satu kluster baharu Covid-19 melibatkan sebuah sekolah dikesan di Sarawak pada Khamis.
Satu kluster baharu Covid-19 melibatkan sebuah sekolah dikesan di Sarawak pada Khamis.
A
A
A

KUCHING - Kluster baharu Covid-19 melibatkan sebuah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di Lorong Siol Kandis di sini, dikesan di Sarawak pada Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kluster tersebut dikesan berpunca daripada sebuah keluarga di Kampung Pinang Jawa di sini, manakala kes indeks dikesan menerusi saringan individu bergejala di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 15 Februari lepas.

"Jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan rapat dalam kalangan ahli keluarga kes dan kontak sosial serta kontak rakan sekolah kes-kes positif yang terlibat.

"Seramai 29 individu disaring dalam kluster itu dengan sembilan orang didapati positif termasuk kes indeks,” menurut JPBN.

Sarawak hari ini mencatatkan 416 kes harian Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: