'Calon BN penuhi aspirasi rakyat bagi kestabilan politik negeri'

Mahdzir ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir projek peserta-peserta Felcra 2021 di Lembaga Hasil Dalam Negeri pada Khamis. - Foto Bernama
Mahdzir ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir projek peserta-peserta Felcra 2021 di Lembaga Hasil Dalam Negeri pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Calon-calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor dalam memastikan kestabilan politik di negeri ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, calon BN pada PRN Johor merupakan kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan muka baharu serta gabungan kumpulan profesional dan aktivis masyarakat.

"Saya yakin calon-calon ini adalah pilihan yang tepat bagi membolehkan rakyat memberi mandat (kepada Barisan Nasional) pada PRN Johor ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Peserta Felcra Berhad 2021 di sini pada Khamis.

Pada Khamis, BN yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi pada PRN Johor telah mengumumkan calon-calonnya terdiri daripada UMNO dengan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat).

Lebih 70 peratus daripada calon BN terdiri daripada muka-muka baharu manakala 80 peratus daripada mereka memiliki latar belakang akademik yang tinggi dan berusia 55 tahun ke bawah.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan penamaan calon dijadual Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac. - Bernama

Artikel Berkaitan: