Penunggang maut, motosikal hilang kawalan di selekoh

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di KM11 Jalan Bahau-Rompin pada Khamis.
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di KM11 Jalan Bahau-Rompin pada Khamis.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer (KM) 11 Jalan Bahau-Rompin pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kemalangan pada jam 7.50 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150R ditunggang mangsa berusia 21 tahun dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton Triton dipandu lelaki berusia 57 tahun.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Segamat dan setibanya di tempat kejadian, dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya di laluan berselekoh lalu terjatuh.

"Dia kemudiannya terseret sejauh lebih kurang tiga meter dan masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, dalam pada masa sama, datang sebuah pacuan empat roda dari arah Segamat menghala ke Bahau lalu melanggar mangsa di laluan kenderaan berkenaan.

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk menjalani proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: