[VIDEO] Rusia lancar serangan skala besar di Ukraine

KIEV - Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengakui pada awal Khamis bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sudah melancarkan serangan berskala besar ke atas negaranya.
Beliau membuat pengakuan itu menerusi ciapan di akaun Twitter yang mendakwa perang tersebut sebagai satu pencerobohan.
Bagaimanapun, katanya, bandar raya-bandar raya di Ukraine yang sebelum ini aman sedang diserang dan dunia perlu menghentikan tindakan Putin itu.
Dalam ciapannya, beliau juga menyatakan Ukraine akan memenangi perang tersebut sekali gus mempertahankan negara berkenaan daripada serangan Rusia.