Khan dijangka atasi Smith sebagai nama keluarga paling popular bayi Britain

Seramai 3,772 bayi dengan nama keluarga Khan dilahirkan di England dan Wales pada 2025, berbanding 4,102 bayi dengan nama keluarga Smith yang masih menduduki tempat teratas. Gambar hiasan
Seramai 3,772 bayi dengan nama keluarga Khan dilahirkan di England dan Wales pada 2025, berbanding 4,102 bayi dengan nama keluarga Smith yang masih menduduki tempat teratas. Gambar hiasan
A
A
A

MOSCOW - Khan berpotensi mengatasi Smith sebagai nama keluarga paling popular dalam kalangan bayi yang baru lahir di Britain tidak lama lagi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Akhbar The Telegraph melaporkan pada Rabu bahawa seramai 3,772 bayi dengan nama keluarga Khan dilahirkan di England dan Wales pada 2025, berbanding 4,102 bayi dengan nama keluarga Smith yang masih menduduki tempat teratas.

Menurut laporan itu, pada 2020, jumlah bayi yang menggunakan nama keluarga Smith melebihi Khan sebanyak 1,877 orang, namun perbezaan itu mengecil kepada hanya 330 orang pada 2025.

Ahmed, Ali dan Jones turut tersenarai antara lima nama keluarga paling popular pada 2025.

Sementara itu, menurut data Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) yang diterbitkan pada Julai, Muhammed merupakan nama pertama paling popular bagi bayi lelaki di England dan Wales, mengekalkan kedudukan teratas untuk tahun ketiga berturut-turut. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!