Liverpool 'amuk' habis Leeds United di Anfield

Mane mencetak dua gol ketika membantu Liverpool mengatasi Leeds United 6-0 di Anfield.
Mane mencetak dua gol ketika membantu Liverpool mengatasi Leeds United 6-0 di Anfield.
A
A
A

GERGASI Inggeris, Liverpool mendapat tonik semangat menjelang perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea di Stadium Wembley awal pagi Isnin ini apabila membelasah Leeds United 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Kemenangan ke-18 liga luar biasa anak buah Jurgen Klopp itu juga menyaksikan kelab Merseyside itu terus menghimpit pendahulu yang juga penyandang juara Manchester City kepada tiga mata selepas kedua-dua dilihat serius merebut kejuaraan liga melengkapkan perlawanan ke-26 masing-masing.

Pada perlawanan itu, Mohamed Salah (15', 35') dan Sadio Mane (80', 90') masing-masing menjaringkan dua gol manakala Joel Matip (30') serta Virgil van Dijk (93') turut tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring.

Sementara itu, Tottenham Hotspur terus mempamerkan persembahan turun naik dalam saingan liga di bawah kendalian Antonio Conte selepas mencipta kejutan menewaskan Manchester City di Stadium Etihad minggu lalu apabila tunduk mengalah 1-0 kepada kelab tiga kelompok bawahan Burnley.

Aksi di Turf Moor itu menyaksikan pemain pertahanan tuan rumah berusia 32 tahun Ben Mee menghadirkan kekalahan kesembilan kelab sensasi London tersebut selepas mengharungi 24 perlawanan untuk berada di kedudukan kelapan liga.

Artikel Berkaitan: