Penuntut universiti dakwa rugi lebih RM30,000 ditipu 'pegawai LHDN'

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penuntut universiti mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kejadian di Rompin dekat sini, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.13 petang, lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menerima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.

"Pegawai tersebut meminta mangsa memberikan nombor akaun bertujuan menyekat akaun bank untuk siasatan, mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan individu itu dan menyerahkan nombor akaunnya.

"Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan selepas menyemak akaunnya dia mendapati ada transaksi pengeluaran wang daripada akaun miliknya ke dua akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,450,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang merasa diperdaya kemudiannya membuat laporan polis pada Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Artikel Berkaitan: