Sila log masuk terlebih dahulu.

Kematangan Villarreal nafi hajat Juventus

Parejo penyelamat Villarreal apabila jaringan babak keduanya mengikat gergasi Serie A, Juventus dalam aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Parejo penyelamat Villarreal apabila jaringan babak keduanya mengikat gergasi Serie A, Juventus dalam aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
A
A
A

PENGENDALI Villarreal, Unai Emery memuji kematangan dalam kalangan pemain The Yellow Submarines ketika mengikat kuasa bola sepak kelab Eropah dari Itali, Juventus 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Estadio de la Ceramica.

"Sesungguhnya ini merupakan perlawanan paling mencabar apabila berada di fasa kalah mati apatah lagi berdepan pasukan pilihan seperti Juventus.

"Namun para pemain menunjukkan kematangan dalam gaya permainan dan pengalaman sebagai individu serta bertindak secara kolektif sehingga perlawanan tamat.

"Ia secara tidak langsung membolehkan kami menyedari apa sahaja boleh berlaku terhadap pasukan ini, jadi kami berjaya untuk tidak membiarkan motivasi terjejas selepas pendahuluan awal itu. Kematangan itu sangat penting dijelmakan apabila berdepan pasukan seperti Juventus," kata Emery yang pernah mengemudi kelab sensasi Inggeris, Arsenal.

Pada perlawanan itu, Bianconeri yang tampil dengan reputasi kelab pilihan pada fasa ini terlebih dulu mendahului 32 saat perlawanan bermula menerusi bekas peledak Fiorentina, Dusan Vlahovic.

Bagaimanapun hasrat skuad pimpinan Massimiliano Allegri yang tampil formasi 3-5-2 untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila Dani Parejo memastikan formasi 4-4-2 oleh Emery diterjemahkan dalam bentuk jaringan pada minit ke-66.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Villarreal mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dalam tempoh 13 tahun.

Biarpun begitu kemaraan anak buah Emery ke saingan berprestij kelab bola sepak Eropah itu tidak kekurangan pengalaman dengan status penyandang juara Liga Europa.

Artikel Berkaitan: