X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Beri ruang sama rata kepada parti politik minoriti

Chang Peng Kee
A
A

SHAH ALAM - Parti-parti politik minoriti di negara ini dilihat kurang mendapat ruang dan liputan media massa berbanding parti politik dominan.

Pensyarah Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Chang Peng Kee berkata, ini kerana parti dominan mempunyai pemilikan dalam organisasi media.

Oleh demikian menurutnya, kerajaan seharusnya memberikan ruang dan menyeimbangkan secara sama rata agar parti-parti politik minoriti boleh menyampaikan suara mereka.

"Saya nampak memang selalunya (ruang dan liputan) telah didominasi oleh parti-parti yang mana ada pemilikan organisasi media.

"Media kerajaan sepatutnya ada ruang yang (lebih) adil. Seimbangkan dengan mana-mana parti politik supaya ada ruang untuk menyampaikan suara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi pengulas buku bertajuk Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang tulisan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Abd Rahman dan penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook Institut Kajian Etnik (KITA).

Turut menjadi pengulas buku ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh dan Pengarah Pengasas KITA, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Peng Kee dalam masa sama melihat dengan adanya media sosial, ia telah menggantikan tempat media arus perdana sehingga menyebabkan timbulnya berita-berita palsu di negara ini.

"Media sosial telah menggantikan tempat media massa menyebabkan timbulnya banyak berita-berita palsu," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!