Seorang maut, tiga cedera van persiaran langgar pokok

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van tersebut. - Foto ihsan JBPM
Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van tersebut. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas van persiaran dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kilometer (KM) 9.5 dekat jalan Genting Highlands pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, kesemua mangsa melibatkan empat lelaki dewasa.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.41 malam.

"Anggota operasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan 'rescue power unit'.

"Mangsa yang meninggal dunia dikeluarkan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, mangsa yang cedera pula berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: