Johor gubal Dasar Agro Makanan Negeri Johor 1.0

Hasni (tengah) bergambar bersama kenamaan dan pemenang anugerah pada majlis berkenaan.
Hasni (tengah) bergambar bersama kenamaan dan pemenang anugerah pada majlis berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor dalam fasa akhir untuk menggubal Dasar Agro Makanan Negeri Johor 1.0 bagi memberi laluan kepada usaha jangka masa panjang yang lebih sesuai.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu juga adalah merangkumi perancangan dan idea boleh dilakukan kerajaan khusus dalam pembangunan industri agro makanan.

Beliau berkata, ini kerana nilai sumbangan sektor agro makanan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kekal menunjukkan kadar peningkatan setiap tahun mencecah RM16.3 billion.

“Daripada jumlah ini, sektor agro makanan turut mencatatkan pertumbuhan sehingga 3.1 peratus ketika sektor lain menunjukkan penguncupan mendadak akibat pandemik Covid-19.