79 peratus daripada 191 kematian ibu hamil tidak terima vaksin

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 79 peratus daripada 191 kes kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dalam kalangan ibu hamil pada tahun lepas, terdiri daripada mereka yang tidak menerima suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kematian dalam kalangan ibu hamil yang dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, turut melibatkan 83 peratus daripada mereka yang mempunyai komorbiditi.

Namun menurutnya, bagi tahun ini sehingga 15 Februari, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan oleh jangkitan Covid-19 dilaporkan.

"Liputan vaksin yang tinggi iaitu 94.7 peratus pada umur 18 tahun ke atas telah tercapai pada Oktober 2021 dan ini menyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau berkata, sejumlah 18,277 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan ibu hamil dilaporkan dari Mac 2020 sehingga Januari tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: