Pembahagian kerusi MCA belum muktamad

Ka Siong (kanan) dan Hasni memotong reben sebagai simbolik Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) Johor Bahru di Renaissance Hotel, Johor Bahru, pada Ahad.
Ka Siong (kanan) dan Hasni memotong reben sebagai simbolik Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) Johor Bahru di Renaissance Hotel, Johor Bahru, pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perbincangan pembahagian kerusi yang akan ditandingi MCA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini belum dimuktamadkan lagi dan kini masih dalam proses perbincangan dengan Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, perbincangan dilakukan secara musyawarah serta atas semangat perkongsian kuasa antara parti-parti komponen BN dan akan diumum satu atau hari sebelum hari penamaan calon.

"Apa sahaja yang dibincangkan tidak boleh didedahkan dan apa yang belum dimuktamadkan tidak wajar dimaklumkan. Kita bukan nak tuntut kerusi melalui media (kalau ada laporan tuntutan kerusi dalam media) itu hanya perang mulut sahaja.

"Kita akan cari formula terbaik untuk semua pihak," katanya mengulas jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA pada PRN johor.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) Johor Bahru di Renaissance Hotel di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Apabila ditanya mengenai sentimen pengundi Cina pada PRN Johor, beliau berkata, secara umumnya rakyat perlu menilai pihak yang boleh membawa dan mengutamakan kestabilan politik di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, apabila politik tidak stabil akan memberi kesan kepada kerajaan negeri malah sukar untuk satu-satu projek berjalan lancar termasuk tidak mampu menarik pelaburan domestik ataupun dari luar negara.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, BN akan memastikan kestabilan politik wujud dan terus menumpukan isu-isu yang sedang dihadapi rakyat ketika ini apabila menang PRN Johor.