Kiosk Bantuan MySejahtera WTCKL dibuka setiap hari

Pengumuman mengenai operasi Kiosk Bantuan MySejahtera di WTCKL pada Sabtu.
Pengumuman mengenai operasi Kiosk Bantuan MySejahtera di WTCKL pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya 400 tiket nombor giliran akan dikeluarkan setiap hari di Kiosk Bantuan MySejahtera di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sehingga 15 Mac depan.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter MySejahtera pada Sabtu.

Hantaran itu mengumumkan bahawa Kiosk Bantuan MySejahtera di WTCKL akan dibuka setiap hari sehingga 15 Mac 2022 dan tiket akan dikeluarkan bermula jam 9 pagi sehingga habis.

"Kiosk ini hanya memfokuskan isu perseorangan atau tanggungan di MySejahtera, tidak termasuk isu vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri," menurut hantaran tersebut.

Sebelum itu, MySejahtera mengumumkan nombor giliran untuk WTCKL telah habis dikeluarkan pada Sabtu susulan sambutan yang amat menggalakkan.

Sambutan menggalakkan itu dipercayai kerana berlaku kesesakan kehadiran pengguna yang menghadapi masalah dengan aplikasi MySejahtera mereka.

Ia juga susulan kiosk hanya dibuka pada hujung minggu.

Selain WTCKL, Kiosk Bantuan MySejahtera turut dibuka di Ideal Covention Centre (IDCC), Shah Alam pada 26 dan 27 Februari serta 5 dan 6 Mac 2022 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Artikel Berkaitan: