Korea sekat langkah Malaysia

Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona ketika beraksi menentang Sim Yujin dari Korea Selatan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. Kisona tewas pada set yang pertama dengan 16-21.

A
A
A

LANGKAH skuad wanita negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 terhenti selepas tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pada aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu, pemain perseorangan pertama negara, S Kisona gagal menyaingi kehebatan Sim Yujin yang meraih kemenangan 21-16, 21-17.

Pemain beregu wanita Pearly Tan (kiri) dan Valeree Siow (kanan) beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan, Baek Ha Na dan Seong Seung Yeon pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini.

Beregu negara, Pearly Tan-Valeree Siow gagal menyamakan kedudukan apabila tewas 15-21, 14-21 kepada gandingan Baek Ha Na-Seong Seung Yeon.

Pemain perseorangan ketiga, Siti Nurshuhaini Azman dilihat seakan-akan mampu menjelmakan kebangkitan buat kem Malaysia ketika berdepan Lee Se Yeon.

Pemain perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhani Azman beraksi menentang Lee Se Yeon dari Korea Selatan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini.

Bagaimanapun, Se Yeon lebih tangkas menghadiahkan mata kemenangan Korea Selatan apabila meraih kemenangan 21-11, 15-21, 21-13.

Begitupun, pencapaian mara ke separuh akhir BATC 2022 sudah cukup membolehkan Malaysia yang muncul juara Kumpulan Y melayakkan diri secara merit ke pusingan akhir Piala Uber 2022 di Bangkok Mei depan.

Artikel Berkaitan:

Korea akan berdepan Indonesia pada aksi final pada Ahad. Indonesia mara ke final selepas Jepun menarik diri dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.