Tugas sukar skuad B-23 untuk aksi kedua

Kesebelasan skuad B-23 negara. Foto AFF
Kesebelasan skuad B-23 negara. Foto AFF
A
A
A

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara bakal berdepan tugas sukar bagi mengharungi aksi kedua Kumpulan B Piala AFF B-23 berdepan pada Isnin, setelah tewas 1-2 kepada Laos di pada aksi pertama di Stadium Prince, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermula baik menerusi beberapa asakan yang dilakukan ke gawang lawan masing-masing dalam usaha membuka jaringan.

Bagaimanapun kesemua asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan.

Namun, ketika perlawanan seakan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, pemain tengah negara, A.Selvan memanfaatkan peluang di depan gawang Laos bagi membuka jaringan buat skuad negara pada masa kecederaan.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad negara semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan, namun dua peluang yang diperolehi gagal disempurnakan jentara serangan.

Malah, Laos pula dilihat mula menggandakan asakan bagi menyamakan menjaringkan gol penyamaan menerusi asakan bertali arus ke pintu gol skuad negara.

Asakan-asakan yang dihasilkan Laos akhirnya membuahkan hasil apabila kapten, Bounphachan Bounkong berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan negara sebelum merembat menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-56.

Laos kemudiannya menjaringkan gol kedua menerusi Phetdavanh Somsanid yang menanduk masuk sepakan percuma pada minit ke-79.

Artikel Berkaitan:

Gol berkenaan semakin menambahkan tekanan kepada skuad negara yang dilihat agak sukar untuk bangkit bagi menyamakan kedudukan, apabila asakan-asakan yang dilakukan gagal menepati sasaran dan berjaya dikekang benteng Laos hingga ke wisel penamat.

Untuk rekod, juara bagi Kumpulan B bakal ditentukan oleh skuad B-23 negara dan B-23 Laos, susulan dua pasukan melibatkan Indonesia dan Myanmar menarik diri baru-baru ini.