Kerajaan serah kepada SPR tentukan SOP PRN Johor: PM

Ismail ketika berucap ketika merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di Iskandar Puteri di sini, pada Jumaat.
Ismail ketika berucap ketika merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di Iskandar Puteri di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan prosedur operasi standard ( SOP) termasuk kebenaran kempen secara bersemuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak campur tangan dengan sebarang tindakan dilaksanakan SPR.

"Kita tunggu pengumuman SPR, seperti kita tahu SPR merupakan badan bebas yang kerajaan sendiri tidak boleh campur tangan.

"Saya pasti sebelum mereka umum SOP untuk PRN Johor, mereka akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya pun tidak terlibat dalam perkara berkaitan SOP ini, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di Taman Nusantara di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Pada 12 Febuari lalu, KKM memaklumkan akan memberikan kelonggaran SOP pada PRN Johor berbanding SOP ketika PRN Melaka dan Sarawak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu mengambil kira tiada wujudnya kluster dalam dua PRN berkenaan namun perincian berhubung SOP itu akan diumumkan oleh SPR sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

Artikel Berkaitan: