KKM tubuh Helpdesk MySejahtera fizikal

Helpdesk MySejahtera akan ditubuhkan secara fizikal dalam masa terdekat. - Gambar hiasan.
Helpdesk MySejahtera akan ditubuhkan secara fizikal dalam masa terdekat. - Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Helpdesk MySejahtera secara fizikal akan ditubuhkan di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai berkenaan sijil vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan ia dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu ini dan disusuli di PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada 26 Februari.

"Kemudahan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain dan diumumkan dalam masa terdekat," katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

Menurutnya, fungsi helpdesk di aplikasi MySejahtera masih diteruskan.

"Orang ramai yang mempunyai masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke helpdesk fizikal ini untuk selesaikan masalah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai aduan daripada orang ramai yang masih menunggu untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital masing-masing.

Artikel Berkaitan: