Bangkok ditukar kepada Krung Thep Maha Nakhon

Bangkok akan bertukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon. - Agensi
Bangkok akan bertukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Pejabat Penaung Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu negara Thailand, dari Bangkok menjadi Krung Thep Mana Nakhon.

Bagaimanapun nama Bangkok boleh masih digunakan, menurut laporan The Bangkok Post.

Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota, seperti dicadangkan ORST.

Nama rasmi baru Bangkok iaitu Krung Thep Maha Nakhon tidak akan digunakan sehingga ia diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf rang undang-undang,

Selain itu, kabinet juga meminta panel jawatankuasa itu untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan dari Kementerian Luar.

Pengumuman itu yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet mingguan pada Selasa, menyatakan bahawa jawatankuasa ORST mengenai kamus nama geografi antarabangsa, yang merangkumi pakar dari Kementerian Luar, mengemas kini ejaan nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota supaya ia sejajar dengan situasi terkini.

Difahamkan panel itu akan menyerahkan senarai tersebut kepada Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.

Dalam pengumuman yang sama, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi bagi negara-negara lain termasuk Rome dan Roma bagi ibu negara Itali, ibu negara Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi Taw dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal. - Agensi

Artikel Berkaitan: