Barca bukan pilihan juara UEL

Xavi
Xavi
A
A
A

PENGURUS Barcelona, Xavi menafikan dakwaan mengatakan pasukannya menjadi pilihan untuk memenangi Liga Europa musim ini.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Sepanyol itu melihat Barcelona sebagai calon dan mahu memberikan aksi terbaik dalam saingan itu selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya tidak akan mengatakan kami adalah pilihan. Kami akan memburu dua gelaran, namun akan menentang lawan yang sukar.

"Sevilla mempunyai lebih banyak pengalaman daripada kami dalam pertandingan ini. Saya melihat kami sebagai calon dan bukannya pilihan," katanya.

Terdahulu, rekod cemerlang Blaugrana selama 17 tahun berturut-turut bersaing dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara terhenti apabila mereka menduduki tempat ketiga di belakang Bayern Munich dan Benfica dalam Kumpulan E.

Kelab catalan itu akan bertemu dengan pasukan Serie A Napoli untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik dalam penyertaan pertama mereka dalam saingan saingan UEL.

Artikel Berkaitan: