Empat lelaki ditahan ketika curi alat pembinaan

Polis menahan sekumpulan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah gudang dan mencuri peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM800,000 di Bercham. - Gambar hiasan
Polis menahan sekumpulan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah gudang dan mencuri peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM800,000 di Bercham. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Polis menahan sekumpulan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah gudang dan mencuri peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM800,000 di Bercham, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua suspek berusia 42 hingga 58 tahun itu dicekup ketika sedang memindahkan barang curi berkenaan dalam kenderaan.

"Sejurus menerima maklumat awam, sepasukan polis dari Balai Polis Bercham berjaya membuat tangkapan keempat-empat suspek yang merupakan warga tempatan.

"Sebuah lori, 'forklift' dan peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah itu dirampas bersama barangan besi seberat 7,310 kilogram," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kata Yahaya, gerakan dijalankan bagi mengesan seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai dalang utama kegiatan itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut atau pernah membeli barangan daripadanya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800," katanya.

Artikel Berkaitan: