27,831 kes baharu, tertinggi direkodkan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia mencapai bilangan kes harian tertinggi baharu apabila 27,831 kes positif dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes positif berada pada kategori satu dan dua iaitu 27,734 kes atau 99.65 peratus.

"Selebihnya 97 kes adalah kategori tiga hingga lima," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bagi kategori satu, sebanyak 7,606 kes dilaporkan dan 20,128 kes berada pada kategori dua.

"Kategori tiga terdiri daripada 59 kes, kategori empat (28) dan 10 kes kategori lima," katanya.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 3,111,514.

Bilangan kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah pada 26 Ogos tahun lalu dengan 24,599 kes.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 204 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 116 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

"KKM turut mencatatkan 7,912 kes sembuh dengan 2,876,450 kes kumulatif," katanya.

Katanya, kluster baharu Covid-19 merekodkan pertambahan sebanyak 28 menjadikan jumlah keseluruhan, 6,657 kluster.

"Daripada jumlah itu, 6,190 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 467 lagi masih aktif," katanya.