Empat ditahan kes bunuh, bakar

Laporan Sinar Harian Online pada Selasa.
Laporan Sinar Harian Online pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang dipercayai ditetak dan dibakar di sebuah bangunan panggung wayang terbiar di Simpang Kuala, dekat sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan tersebut melibat tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 30-an hingga 50-an.

Menurutnya, tangkapan dilakukan sekitar daerah Alor Setar dan mereka semua direman sehingga 22 Februari ini.

"Sehingga kini, empat tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Seorang lelaki ditahan pada Selasa dan selebihnya pada hari Rabu.

"Bedah siasat terhadap mangsa pula dijangka dilakukan pada jam 10 pagi hari ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan mangsa berusia lingkungan 50-an dipercayai dibunuh antara jam 6.30 hingga 7 pagi.

Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian tangan dan muka mangsa sebelum dibakar di sebuah bilik di tingkat satu bangunan berkenaan.

Artikel Berkaitan: