DUN Sarawak lulus Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan

DUN Sarawak pada Rabu meluluskan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan pada 2021.
DUN Sarawak pada Rabu meluluskan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan pada 2021.
A
A
A

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan sebanyak RM478,843,946 pada 2021.

RUU itu dibentangkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan diluluskan selepas bacaan ketiga tanpa dibahaskan.

Uggah berkata, perbelanjaan tambahan itu bagi menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung beberapa kementerian dan jabatan yang dana tidak disediakan atau tidak mencukupi untuk anggaran 2021.

Antara kementerian dan jabatan yang terlibat ialah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, RUU itu juga bagi kelulusan Anggaran Tambahan Pertama Perbelanjaan Pembangunan bagi peruntukan tambahan sebanyak RM81,608,762.

DUN sebelum itu turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting yang tidak dapat menghadiri upacara itu Isnin lepas kerana dikuarantin ketika itu setelah menjadi kontak rapat kes Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: