Budaya memandu kereta masuk simpang, malas beri signal

Kedudukan batang signal hanya di hujung jari, tidak jauh pun dari stereng kereta, namun masih ramai pemandu gagal memanfaatkannya.(Gambar hiasan) -Foto 123rf
Kedudukan batang signal hanya di hujung jari, tidak jauh pun dari stereng kereta, namun masih ramai pemandu gagal memanfaatkannya.(Gambar hiasan) -Foto 123rf
A
A
A

PERNAHKAH anda melalui pengalaman hampir dilanggar atau merempuh kereta yang menukar laluan ataupun masuk ke simpang jalan tanpa memberikan signal?

Merak Jalanan yakin ramai ada pengalaman sebegitu.

Yang Merak Jalanan tidak faham, kedudukan batang signal hanya di hujung jari, tidak jauh pun dari stereng kereta, namun masih ramai pemandu gagal memanfaatkannya.

Walaupun bukan semua begitu tetapi ramai yang gagal menggunakan jari yang Tuhan anugerahkan.

Terdapat sejenis perangai pemandu yang ada memberikan signal, tapi hanya beberapa saat sahaja. Tip tap tip tap... habis, terus belok.

Bayangkan ketika membelok ada kenderaan lain datang dari arah bertentangan atau dari belakang.

Apa nasib mereka? Kalau setakat ‘beri syarat' sahaja, elok tak usah guna signal itu.

Selain itu, ada juga sejenis sikap pemandu yang beri signal tapi tidak sabar, tak menyempat nak membelok dan akhirnya terlanggar penunggang motosikal sampai tergolek atas jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Patutnya berhentilah sekejap, perhatikan keadaan jalan sudah selamat barulah melintas.

Bukan susah pun. Simpang sibuk atau tidak, tetap perlu beri signal. Itu kisah signal.

Lain pula kisah meminjam tapi berat hendak melunaskan hutang. Sudahlah berhutang, akhirnya si pemberi pinjaman pula yang malu alah hendak menuntut wangnya kembali.

Kadang-kadang bukan kita tidak mahu membantu, ada kisah selepas kita beri bantuan, akhirnya kita pula dimusuhinya. Merak Jalanan tidak pasti sama ada mereka yang dibantu itu seorang yang sensitif ataupun ia satu taktik untuk membayar hutangnya.

Satu lagi ‘budaya' yang makin menjadi-jadi Merak Jalanan perhatikan ialah terma On The Way.

Aduhai, kalau ada kawan yang berjanji nak jumpa tapi bila kita tunggu tak sampai-sampai.

Hai, macam-macam kerenah manusia sekarang ini ye...