Banjir pulih, PPS di Setiu ditutup

Laporan Sinar Harian pagi Selasa.
Laporan Sinar Harian pagi Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Selepas lima jam diaktifkan, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan sebuah keluarga terjejas banjir di Kampung Bahagia, Setiu ditutup.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, Balai Raya Kampung Bahagia ditutup secara rasmi pada jam 4 petang, Selasa selepas empat mangsa dibenarkan pulang ke rumah.

“Satu-satunya PPS yang dibuka di Terengganu sudah ditutup,” kata kenyataan itu di sini pada Selasa.

Sementara itu, laman rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, sehingga jam 4 petang, empat sungai utama di Setiu, Hulu Terengganu dan Marang mencatatkan bacaan melepas paras amaran.

Empat sungai tersebut adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Sungai Telemong di Kuala Ping dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan.

“Dua sungai lain di Setiu iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut pula melepasi tahap waspada manakala sungai-sungai lain masih pada paras normal,” katanya.

Artikel Berkaitan: