Tahanan maut selepas mengadu sesak nafas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang orang kena tahan (OKT) meninggal dunia di Hospital Selayang pada Isnin selepas selepas mengadu sesak nafas ketika dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia 39 tahun ditahan sekitar jam 4.45 petang pada Isnin.

Menurutnya, mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan merupakan penjenayah dikehendaki.

"Pada 14 Februari jam 5.30 petang OKT terbabit mengadu sesak nafas dan pihak Hospital Selayang telah dihubungi untuk mengambil OKT.

"Pada jam 6.30 petang OKT disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Selayang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam proses siasatan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman.

Artikel Berkaitan: