MBSA serah kucing terbiar kepada pemilik angkat

Orang ramai melihat antara kucing terbiar yang boleh diambil dan dibela di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.
Orang ramai melihat antara kucing terbiar yang boleh diambil dan dibela di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak empat kucing terbiar diserahkan kepada pemilik angkat sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 15 kucing disediakan pada program itu.

"Kucing ini ditangkap oleh MBSA di kawasan seperti pasar dan gerai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shahrin berkata, sebelum kucing itu diserahkan kepada keluarga angkat, haiwan itu terlebih dahulu divaksin dan dibuat pemeriksaan kesihatan.

Jelas beliau, program itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat serta menggalakkan kerjasama secara berterusan daripada semua pihak untuk bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi persekitaran bersih dan selamat.

"Selain itu, ia juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, MBSA juga turut bekerjasama bersama pihak iVET Medical Centre Shah Alam (iVET Petcare) bagi menjayakan program terbabit.

"Program ini juga menerima tajaan makanan dari Nazwan Resources Sdn Bhd yang menyokong program sebegini dilaksanakan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: