Kedutaan Besar Malaysia di Manila bantu rakyat terkandas

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Manila berada di lapangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk memasuki Filipina.

Menerusi ciapan di Twitter, Kementerian Luar Negeri memaklumkan pihak berkuasa sedang berhubung dengan agensi berkaitan untuk memudahkan kelancaran proses tersebut.

"Kerajaan akan sentiasa menjaga dan melindungi hak sesama kita," katanya pada Isnin.

Pada Ahad, Seramai 15 pelancong Malaysia terkandas di lapangan terbang tersebut selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak Imigresen berikutan menerima vaksin covid-19 di Malaysia.

Mereka dimaklumkan oleh pihak Imigresen negara itu bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.

Artikel Berkaitan: