Ratusan burung mati jatuh dari langit

Ratusan burung mati di atas jalan raya antara antara Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire baru-baru ini. - Foto Pembrokeshire Herald
Ratusan burung mati di atas jalan raya antara antara Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire baru-baru ini. - Foto Pembrokeshire Herald
A
A
A

CARDIFF - Lebih 190 ekor burung secara misteri mati selepas jatuh dari langit pada waktu malam di berhampiran sebuah perkampungan tepi laut di Wales baru-baru ini.

Bangkai burung yang dipercayai burung perling itu ditemui di atas jalan raya antara Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire pada Khamis lalu.

Persatuan Diraja untuk Perlindungan Burung (RSPB) berkata, haiwan itu kemungkinan saling berlanggar pada waktu setelah menjadi keliru kerana terdapat gangguan pada tempat ia bertenggek.

Seorang pakar burung, Dominic Couzens memberitahu sebuah portal berita di Britain bahawa haiwan tersebut mungkin terkejut dengan sesuatu kemungkinan disebabkan oleh bunyi dentuman yang kuat.

Menurutnya, bunyi yang tidak dijangka itu menyebabkan burung itu melakukan sesuatu yang bodoh.

Namun, katanya, kejadian itu sangat pelik dan tidak mudah untuk dijelaskan.

Seorang saksi, Claire Eaton pula dilaporkan berkata bahawa dia melihat burung-burung itu mula jatuh dari langit pada malam Khamis dan telah membawa seekor yang cedera ke rumah untuk menjaganya.

Menurutnya, di jalan raya itu terdapat beberapa ekor burung mati selain terdapat darah yang memercik dan menganggap kejadian tersebut berpunca daripada perbuatan manusia. - Agensi

Artikel Berkaitan: