Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'

Max menerima 'anugerah khas' itu kerana kemesraannya bersama penuntut kampus berkenaan sejak empat tahun lalu. Foto Agensi
Max menerima 'anugerah khas' itu kerana kemesraannya bersama penuntut kampus berkenaan sejak empat tahun lalu. Foto Agensi
A
A
A

MONTPELIER - Sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) menganugerahkan Ijazah Kehormat ‘Doctor of Litter-ature’ kepada seekor kucing yang menjadi kesayangan warga kampus berkenaan.

Vermont State University Castleton Campus mengumumkan ‘anugerah khas’ kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa si comel tersebut.

“Max telah menjadi sebahagian daripada warga Castleton selama bertahun-tahun,” ujar pihak universiti itu.

Kucing belang popular itu tinggal bersama sebuah keluarga di jalan menghala ke pintu masuk kampus berkenaan dan bersosial bersama penuntut di sana sejak empat tahun lalu.

“Ia sering ke universiti itu. Mereka sangat menyayanginya,” kata pemiliknya, Ashley Dow pada Khamis yang turut dirujuk sebagai ‘ibu’ kepada Max.

Difahamkan, Max tidak akan menyertai majlis penyampaian ijazah tersebut, sebaliknya ia akan dihantar kepada Dow selepas upacara tamat pengajian penuntut selesai pada Sabtu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!