Havertz wira Chelsea

Pemain Chelsea meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Palmeiras, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Mohammed Bin Zayed.
Pemain Chelsea meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Palmeiras, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Mohammed Bin Zayed.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea,Thomas Tuchel memuji aksi yang ditampilkan pemain tengahnya, Kai Havertz selepas berjaya menyempurnakan penalti kemenangan untuk kelab London itu dinobatkan juara Piala Dunia Kelab buat kali pertama.

Menurut Tuchel, Havertz langsung tidak gentar ketika mengambil sepakan tersebut dan berjaya menyempurnakannya dengan cukup baik bagi menambahkan koleksi trofi untuk Chelsea.

"Dia berjaya menyempurnakan sepakan tersebut dengan baik. Dia langsung tidak gementar atau gugup ketika mengambil sepakan penalti yang sangat penting buat pasukan.

"Dia mempunyai rekod yang baik ketika bermain dalam 90 minit dan hari ini 120 minit. Kami mempercayai statistik itu. Saya gembira untuknya," kata Tuchel.

Pada perlawanan tersebut, Chelsea berjaya membuka tirai jaringan menerusi Romelu Lukaku pada minit ke-54 namun Raphael Veiga menyamakan kedudukan hasil penalti buat juara Copa Libertadores itu selepas sejam perlawanan.

Havertz yang sebelum ini menjadi hero final Liga Juara-Juara ketika berdepan Manchester City, sekali lagi menjaringkan gol kemenangan buat The Blues, apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-117.

"Kejayaan ini menakjubkan. Selepas menjadi juara Eropah, kami kini juara dunia. Bunyinya lebih baik.

'Ia sesuatu yang membimbangkan ketika mengambil penalti yang akan menjadi penentu kemenangan buat kami.Adalah bagus berjaya menahan rasa gementar. Saya sangat gembira.

Artikel Berkaitan:

"Saya sentiasa mengimpikan ini ketika kecil. Ia perasaan yang menakjubkan buat saya," katanya.

Untuk rekod, Havertz merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam kedua-dua perlawanan akhir liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab dunia untuk pasukan Liga Perdana Inggeris.