‘Kestabilan politik sudah sinonim dengan UMNO’

Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO menegaskan bahawa kestabilan politik sudah sinonim dengan parti itu.

Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan berkata, perkara tersebut sudah sedia diketahui rakyat bahawa UMNO mampu memastikan kestabilan dan kemampuan tadbir urus dalam negara.

"Parti lain yang bersaing bolehlah cuba promosikan naratif lain.

"Kerana rakyat semakin sedar bahawa apa pun kekurangan parti UMNO, kestabilan dan kemampuan tadbir urus bukan dalam kalangan kekurangan itu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa kestabilan politik dalam negara seperti yang sering dilaungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO disifatkan hanya boleh dicapai sekiranya parti itu tidak lagi memerintah.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO menegaskan bahawa pihak yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan kerajaan setelah 22 bulan mentadbir sebelum ini bukanlah UMNO.

Beliau juga secara sinis turut menyenaraikan beberapa perkara lain yang bukan berpunca daripada parti itu termasuklah mengubah Menteri Besar dalam tempoh kurang setahun dan yang kerap mengubah pengerusi parti negeri.

"Yang ugut tekan butang sehingga memaksa PRN Johor bukan UMNO.

Artikel Berkaitan:

"Yang memancing orang melompat sehingga memaksa PRN Melaka bukan UMNO.

"Yang melemahkan Muafakat Nasional dengan bersama mendaftar pakatan lain sewaktu MN sedang kukuh, bukan UMNO," katanya.