'Teguran terbuka di media sosial keruhkan lagi keadaan'

Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kiri) menunjukkan telur yang dijual padaProgram Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Bandar Baharu Pasir Puteh pada Sabtu.
Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kiri) menunjukkan telur yang dijual padaProgram Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Bandar Baharu Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Teguran atau kritikan terbuka menggunakan platform media sosial melibatkan isu dalaman Pas dilihat tidak baik untuk parti.

Bekas Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, situasi itu dibimbangi boleh mengeruhkan lagi keadaan dan kestabilan parti.

"Ada benda yang boleh kita gunakan media sosial atau massa untuk membuat teguran sebagai contoh, kita menegur ahli. Bagaimanapun ada perkara yang tidak baik jika kita gunakan media sosial melibatkan benda-benda khusus (dalaman).

"Sebagai contoh dalam satu keluarga...suami nak tegur isteri, ibu bapa tegur anak, anak tegur ibu bapa tetapi melalui Facebook. Maka hancurlah keluarga itu dan ini tidak boleh," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa individu 'berpengaruh' dalam Pas yang membuat teguran terbuka kepada parti melalui media sosial.

NIk Muhammad Zawawi sebelum itu merasmikan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Bandar Baharu Pasir Puteh di sini pada Sabtu.

Menurutnya, situasi tersebut bukan hanya terpakai untuk parti politik sebaliknya dalam semua hal.

"Diharapkan selepas ini tiada lagi teguran secara terbuka dibuat oleh mana-mana pihak," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, teguran berkonsepkan 'adik-beradik' dilihat amat sesuai sekali gus mengelakkan kesan buruk pada parti.

Artikel Berkaitan: