139 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM139,000

Seramai 139 pengunjung dikompaun sebanyak RM139,000 kerana melanggar SOP PPN.
Seramai 139 pengunjung dikompaun sebanyak RM139,000 kerana melanggar SOP PPN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 139 individu dikompaun sebanyak RM139,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas enam buah pusat hiburan di ibu negara pada 4 Februari lalu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kesemua pusat hiburan terbabit melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN 2021 dengan melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam.

“Seramai 139 pengunjung dikenakan kompaun berjumlah RM139,000 selain enam pemilik premis yang turut dikenakan kompaun berjumlah RM6,000.

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan adalah sebanyak RM145,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 280 kompaun bernilai RM 280,000 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis dan pengunjung pusat hiburan sejak 1 Januari hingga Khamis kerana tidak mematuhi SOP.

“Semua kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri dan mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi demi keselamatan umum," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: