Tewaskan Spurs jadi bekal semangat berdepan United

Hasenhuttl - Foto Getty Images
Hasenhuttl - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Southampton, Ralph Hasenhuttl berharap kemenangan 3-2 ke atas Tottenham Hotspur, pada Khamis dapat menjadi bekal semangat buat kesebelasan The Saints menjelang aksi berdepan Manchester United di Old Traffford, Sabtu ini.

Hasenhuttl mahu kesebelasan The Lilywhites dapat mengekalkan fokus bagi meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan skuad The Red Devils itu yang pastinya mahu melakar kemenangan pada pertembungan berkenaan.

“Saya melihat pemain mempamerkan karekter menarik dan juga mentaliti yang hebat ketika berdepan Spurs dan ia banyak membantu pasukan ini hingga berjaya ‘menekan’ tuan rumah.

“Justeru, saya mahu ia berterusan menjelang pertemuan dengan United dalam usaha kita melakar kemenangan ke atas salah satu pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Mengulas kemenangan 3-2 ke atas Spurs, Hasenhuttl berkata, secara keseluruhannya ia terhasil daripada pengaruh karekter dan juga mentaliti pemain di sepanjang perlawanan.

Katanya, biarpun ketinggalan hasil jaringan sendiri pada awal perlawanan, namun pemain masih berjaya mengawal permainan dengan baik, seklai gus berjaya menjaringkan tiga gol bagi menjamin kemenangan pasukan.

“Bagi saya, kesemua pemain Southampton wajar diberikan pujian malam ini (Khamis) atas aksi mantap dan menakjubkan.

“Walaupun ketinggalan satu gol, kami berjaya bangkit dan mendahului sebelum akhirnya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Ia satu kejayaan yang sukar dilupakan dan diharapkan kita akan mampu melakukannya sekali lagi di Old Trafford pada Sabtu,” katanya.