Al-Hilal dapat tonik semangat berdepan Urawa Red

Foto - FB AlHilal Saudi Club
Foto - FB AlHilal Saudi Club
A
A
A

KELAB Arab Saudi, Al-Hilal hampir terkeluar perebutan kejuaraan Liga Pro Saudi, namun mendapat tonik semangat berdepan pencabar Al-Ittihad dalam separuh akhir Kejuaraan Piala Raja, menjelang perlawanan pertama final Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Jepun, Urawa Red Diamonds dari Jepun pada Ahad.

Al-Hilal menang 1-0 hasil jaringan sendiri oleh kapten Al-Ittihad, Ahmed Hegazy pada masa tambahan untuk mara ke final berdepan menentang kelab pemain Cristiano Ronaldo, Al-Nassr atau Al-Wehda.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Al-Hilal, yang menduduki tangga keempat liga, tujuh mata di belakang pendahulu Al-Ittihad yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

“Kami mempunyai lima hari sebelum perlawanan akhir (menentang Urawa), dan kami boleh pulih pada tahap fizikal dan mental.

“Kami membuka halaman ini dan (kini kami) memikirkan (perlawanan) seterusnya,” penjaga gol Al-Hilal Abdullah Al-Mayouf.

Sebagai rekod, Al-Hilal, yang tewas 5-3 kepada Real Madrid dalam Piala Dunia Kelab pada Februari, melayan kunjungan Urawa pada perlawanan pertama pada 30 April sebelum berkunjung ke Stadium Saitama pada 6 Mei.

Walaupun kedudukan Al Hilal dalam liga, mereka akan bermain dalam Liga Juara-Juara Asia musim depan sebagai juara Arab Saudi tahun lalu, berikutan perubahan dalam tarikh mula dan tamat kejohanan Asia.